Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa
ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku
belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu
Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan
kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram,
Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah
dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari
mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.