SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

29 October 2013

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Photobucket

24 September 2013

8 Adab Menuntut Ilmu


http://3.bp.blogspot.com/-QLBi7sKtatM/TbJZ5UqdLdI/AAAAAAAAAPs/ljDpfcD7JwA/s800/adab+menuntut+ilmu.jpg


Photobucket

12 Amalan Harian Pelajar Cemerlang

Buat warga SMARA yang bakal menduduki peperikksaan PMR/ SMA/ SPM/ STAM di sini terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah’ dengannya.
Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.
Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.
Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa
Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian
Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa.
Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.
Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa.
Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.
Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga.
Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin.
Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan.
Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

Photobucket

19 September 2013

Kalendar 2014 Serta Cuti Umum Malaysia



KALENDER 2014
kelendar 2014


Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah :
Tarikh
Perkara
Negeri Terlibat
1 January
Wednesday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
TBA Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
TBA Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
TBA Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
14 January
Tuesday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
31 January
Friday
Chinese New Year Nationwide
1 February
Saturday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Saturday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
TBA Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
TBA Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
TBA Sultan of Perak’s Birthday Perak only
TBA Good Friday Sabah & Sarawak only
1 May
Thursday
Labour Day Nationwide
TBA Hari Hol Pahang Pahang only
TBA Wesak Day Nationwide
TBA Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30- 31 May
Fri & Sat
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Sun & Mon
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
7 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
TBA Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Monday
Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
TBA Penang Governor’s Birthday Penang only
TBA Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
TBA Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca only
TBA Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
29 & 30 July
Tue & Wed
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Sunday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
TBA Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Only
16 September
Tuesday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
TBA Malacca Governor’s Birthday Malacca only
TBA Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
5 October
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
6 October
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
22 November
Saturday
Sultan of Johor’s Birthday Johor only
23 October
Thursday
Deepavali or Diwali Nationwide
25 October
Saturday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 November
Friday
Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
TBA Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 December
Thursday
Christmas Nationwide

* Cuti Umum 2014 |  Subject to change – Tertakluk kepada perubahan. Pihak kami akan update maklumat diatas dari masa kesemasa berdasarkan kepada perubahan yang diumukan.

  Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH