RIWAYAT RASULULLAH
- Latar belakang
- Nabi muhammad
berasal daripada keturunan bangsawan Arab Quraisy
- Keturunan ibu dan bapa Nabi
satu datuk bernama "Kilab".
- Keturunan Nabi
mempunyai hubungan dengan Nabi Ibrahim A.S dan keturunan Nabi Ismail A.S
|
|
|
|
|
Keturunan Nabi 
Kilab | + | Fatimah |
↓ |
Zahrah | | 'Kosi |
↓ | | ↓ |
'Abdu Manaf | | 'Abdu Manaf |
↓ | | ↓ |
Wahab | | Hashim |
↓ | | ↓ |
Aminah | | 'Abdul Mutalib |
↓ | | ↓ |
↓ | | 'Abdullah |
↓ | | ↓ |
↓ |
Nabi Muhammad  |
|
|
|
|
Nabi Muhammad Sebelum Menjadi Rasul
Semasa Lahir |
Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M tahun gajah
Bapa Nabi  wafat ketika baginda masih dalam kandungan
Hari ketujuh kelahiran Nabi , baginda dibawa oleh datunya 'Abdul Mutalib ke Kaabah untuk ditawafkan sebagai tanda kesyukuran.
Datuknya memberi nama Muhammad bererti orang yang terpuji.
Beberapa ekor kambing telah dikorbankan
|
Semasa Bersama Ibu |
Apabila Nabi  berumur 5 tahun diserahkan kembali kepada ibunya
Setahun kemudian beliau bersama Ummu Aiman dan ibunya menziarahi kubur bapanya. Ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia dan dikebumikan di satu tempat bernama Abwa' berhampiran Madinah.
Baginda kemudianya dipelihara oleh datuknya
|
Semasa Bapa Saudara |
Nabi  dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Abu Talib ialah seorang yang miskin dan mempunyai 10 orang anak
Baginda membantu dengan mengembala kambing.
Ketika umur 12 tahun Abu Talib membawanya ke Syam untuk berniaga
Disana Nabi  dibawa menemui seoang pendita Nasrani berbangsa Arab bernama Buhaira.
Buhaira mendapati tanda-tanda kenabian terdapat pada Nabi Muhammad seperti yang termaktub dalam kitab Taurat dan Zabur.
Beliau berpesan kepada Abu Talib supaya membawa Nabi  balik ke Makkah dan menjaganya dengan baik .
Buhaira khuatir Nabi  dibunuh oleh orang-orang Yahudi.
|
Semasa Nabi semasa remaja |
Semasa remaja baginda telah berdikari dengan berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama Assaib bin Abi Saib
Hasil keuntungan dibahagi bersama
Ketika umur 25 tahun Baginda menerima tawaran Siti Khadijah binti Khuwailid untuk membawa barang dagangan ke Syam.
Baginda dibantu oleh pekerja lelaki Khadijah iaitu Maisarah.
Baginda telah memperolehi keuntungan yang banyak.
Kemualiaan peribadi dan kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi ketika menguruskan perniagaan membuat hati Siti Khadijah terpikat
Khadijah telah menghantar wakil untuk melamar Baginda
Setelah persetujuan dicapai Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah seorang janda berumur 40 tahun.
Baginda dikurniakan 6 orang cahaya mata
2 orang putera dan 4 orang puteri.
|
|
|
|
Putera dan Puteri Nabi 
Nabi | + | Siti Khadijah r.a |
↓ |
Putera | | Puteri |
↓ | | ↓ |
Qasim | | Zainab |
↓ | | ↓ |
Abdullah | | Rokiah |
| | ↓ |
| | Umi Kalthum |
| | ↓ |
| | Fatimah |
| | |
|
|
|
Nabi Muhammad Menjadi Rasul
Semasa Menerima wahyu |
Diusia 40 tahun Nabi  sering mengasingkan diri di gua Hira' Jabal Nur
Tujuan mengasingkan diri adalah untuk beribadat
menenangkan fikiran
Nabi  lebih kerap mengasingkan diri dalam bulan Ramadhan
Pada suatu malam di bulan Ramadhan Nabi  didatangi oleh Malaikat Jibril dan berkata "Bacalah" اقْرَأْ
Nabi  menjawab "Saya tidak tahu membaca".
Baginda didakap lagi. Pada kali ketiga Jibril melafazkan firman Allah
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {1} |
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ {2} |
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ {3} |
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {4} |
عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ {5} |
Nabi  terkejut dan cemas dengan peristiwa ini.
Beliau kembali dan memberitahu Khadijah.
Khadijah membawa Nabi  berjumpa dengan sepupu Khadijah bernama Waraqah bin Naufal seorang pendita yang mengetahui tentang Kitab Taurat.
Waraqah memberitahu Nabi  "Engkau telah diangkat menjadi Rasul dan engkau akan diusir dari tanah tumpah darahmu. Sekiranya umurku panjang aku akan bersamamu menjadi pembelamu".
Tidak lama lepas kejadian itu Waraqah telah meninggal dunia
Selepas 40 hari Jibril datang sekali lagi. Nabi  balik dan menyuruh Khadijah menyelimutkannya.
Lalu Jibril sekali lagi datang dan membacakan wahyu Allah Taala
|
|
|
|
|
Rasulullah contoh terunggul
- Terkenal dengan sifat amanah
- Sangat dihormati
- Akhlaq dan keluhuran budi Nabi
sangat berbeza dengan pemuda Quraisy yang lain
- Bercita-cita besar
- Penyabar
- Bertanggungjawab dan berwawasan
- Mendapat gelaran 'Al Amin'
|
|
|
No comments:
Post a Comment