JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

ASA AQIDAH ISLAM


Sumber Aqidah
Al Quran Al Hadis
  • Kitab yang menjelaskan tentang asas aqidah Islam
 
  • Perkataan perbuatan dan sifat-sifat Rasulullah 
 
Sumber Al Quran
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِيَ أَنزَلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا {136}
 
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.Surah Annisa' : 136
 
Pengajaran ayat
  • Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad 
  • Al Quran adalah panduan hidup umat Islam
  • Setiap umat Islam hendaklah meyakini kebenaran Al Quran
  • Orang yang meninggalkan dan tidak berpegang kepada ajaran Al Quran akan sesat dan hilang panduan
 
Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

  • Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
  • Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
  • Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
  • Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
  • Menolak fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah
 
Asas Aqidah Islam
ArRububiyyah AlUluhiyyah
Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan kesempurnaan. Hanya Allah yang disembah ditaati peraturan dan hanya Allah tempat berdoa dan berharap
AnNubuwwah AsSyam'iyat
Perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah taala untuk disampaikan kepada umat manusia Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka
 
Perkara-perkara yang merosakkan aqidah
Perkataan
  • Menghina Islam
  • Mengubah Hukum Islam
  • Bersumpah selain Allah
  • Menyanyi lagu yang bertentangan dengan aqidah
  • Mengubah ayat Al Quran atau Hadis Rasulullah SAWs
Perbuatan
  • Menyembah selain daripada Allah
  • Memakai lambang agama lain atau pertubuhan anti Islam
  • Menghina Al Quran
  • Menyertai upacara keagamaan yang lain
  • Sujud selain daripada Allah
Niat (hati)
  • Meyakini alam ini terjadi dengan sendirinya
  • Ber'iqtiqad bahawa Pencipta alam ini seperti makhluk lain
  • Ragu-ragu dengan rukun Iman rukun Islam, syariat Islam
  • Berniat keluar Islam


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH