JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

PENGENALAN HADITH


 Pesanan Rasullullah s.a.w.
 تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
 
 
 عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
PENGENALAN
 
Di dalam agama Islam , sumber rujukan tertinggi adalah Al Quran Al Karim. Sumber Kedua ialah  Hadis-hadis Nabi s.a.w.
 
HADIS* Pengertian bahasa
  •  baharu atau khabar atau berita
* Pengertian umum
  • Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.
* Pengertian Istilah
  • Setiap ucapan ('kaul),
  • perbuatan ((Fi'li),
  • pengakuan (ta'krir)
  • dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Hadis sebagai sumber hukum
* Hadis adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran
Perbezaan Al Quran dengan hadis
Al QuranHadis NabawiHadis Qudsi
  • Lafaz dan makna daripada Allah Taala
  • Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
  • Sumber hukum pertama
  • Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
  • Ayat Al Quran dibaca dalam solat
  • Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
  • Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
  • Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
  • Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
 
Perawi hadis
* Pengertian
o Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW

Syarat-syarat perawi hadis
  •  Islam
  •  Ber'akal
  •  Baligh
  •  'Adil
  •  Kuat hafazan
  •  Menjada Tulisan
  •  Waspada
الطرف
 
صحيح Hadith Sahih
Taraf hadith sahih adalah kuat dan wajib beramal dengannya
 
Hadit sahih adalah hadith yang tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya. Hadith sahih alah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu.
 
Hadis daif adalah hadith lemah tidak boleh menjadi sumber hukum tetapi sering menjadi panduan untuk menambahkan amalan-amalan sunat
 
 
 Contoh Hadis Hassan dan Lemah
Bab isytihar penikahan
عَنْ عَائِشَةَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِى الْمَسَاجِدِ
وَاضْرِبُوا عَلَيهِ الدُّفُوفَ
Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w. bersabda :
Syiarkan nikah ini dan adakanlah dimasjid-masjid
dan pukullah untunya rebana-rebana"
Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi. Hadis Hassan
 
 
 
قَالَ النَّبِى (ص) ثَلاثَ لا يُؤخَّرْنَ وَهُنَّ الصَلاةُ
اِذَا اَتَتْ وَالْجَنَازَةُ اِذَا حَضَرَتْ وَالاُيِّمُ اِذَا وَجَدَتْ كُفْؤًا
Sabda Nabi s.a.w.
"Tiga perkara tidak boleh dilambatkan iaitu
solat apabila tiba waktunya. Jenazah bila telah siap
dan perempuan bila telah ditemukan pasangan yang sekufu
Hadis riwayat Baihaqi
- Hadis ini memiliki sanad yang lemah -
 
 
 
Bagaimana hadith disampaikan
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صحابى
تابعى
تبع التابعى
الراوى
البخارى أو مسلم
 
 
Jumlah Hadith
Tidak diketahui sebenarnya. Golongan sunnah mengambil hadith-hadith daripada imam-imam seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majjah. Golongan Syiah pula cenderung mengambil hadith-hadith daripada Saidina Ali.
 
Nilai kitab hadis
Kitab-kitab hadis yang terkumpul daripada kegiatan ulama-ulama berabad-abad lamanya
terciptalah ratusan ataupun ribuan kitab hadis. Namun yang sampai kepada kita adalah
sesikit sahaja. Hasil penyelidikan ulama dan ahli hadis mereka sepakat mengakui
Kitab hadis Bukhari dan Muslim adalah lebih kuat, sudah pasti sahih dan tidal dapat dibantah lagi.
Barang siapa yang meremehkan hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab itu
dianggap bid'ah atau menyeleweng.
 
 
 
IMAM-IMAM HADITH
 
Imam Al Bukhari
Nama beliau ialah Muhammad , anaknya bernama Abdullah. Oleh itu ia digelar Abu Abdullah. Ayah beliau Ismail yang digelar Abul Hasan. Tempat kelahiran beliau ialah disebuah desa Bukhara yang dahulunya ditakluki oleh Soviet. Sejak kecil beliau hafal Quran dan suka mendengar hadith. Belum sampai umur baligh beliau dapat menghafal dengan lancar puluhan ribu hadith. Setelah beliau matang dan memiliki ilmu dan kemampuan yang diperlukan ,beliau mula menyaringkan hadith. Beliau kemudian mengumpulkan hadith yang telah disaringkan dalam sebuah kitab yang dinamakan "Al Jaami'ush Shahih" yang membuatkan 600,000 hadith Beliau meninggal dunia di Madinah pada 1138 dan dikebumikan di Baqi.
Imam Bukhari pernah berkata : "Kutulis kitab ini dari 1080 orang dan diantara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan ia adalah ahkli hadis dan semuanya mengatakan bahawa iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang. Kalu aku hendak meletakkan atu menulis sebuah hadith sahaja dalam kitab 'Sahih', maka sebelum aku memegang pena aku mandi dulu , kemudian bersembahyang dua rakaat".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH