JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

SEJARAH TAKWIM ISLAM HIJRIAH


Latar belakang Takwim Islam:BILANGAN bulan dalam kalendar Islam adalah sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi."
(Surah At-Taubah:36)Nama-nama bulan Islam dan pengertiannya:
  1. Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.
  2. Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.
  3. Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.
  4. Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.
  5. Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.
  6. Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi kedapatan di sana sini.
  7. Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.
  8. Syaaban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.
  9. Ramadan ertinya bulan panas terik
  10. Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.
  11. Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.
  12. Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.

Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat Arab sebelum Islam. Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dalam bulan- bulan itu.
Apabila Islam muncul nama-nama bulan yang diwarisi dari masyarakat Arab itu telah diterima dan diabdikan.
Empat bulan dari 12 bulan itu dikenali dengan nama bulan suci (Hurum). Bulan- bulan yang ditegahkan melakukan pembunuhan dan peperangan ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Firman Allah yang bermaksud: "Empat daripadanya bulan suci." (Surah At-Taubah: 36)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Setahun mengandungi 12 bulan; 4 daripadanya suci - tiga bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam dan satu bulan Rejab terletak di antara Jamdilakhir dengan Syaaban."
Peristiwa-peristiwa yang bersejarah:

Muharam:
Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husain bin Ali, cucu nabi Muhammad.

Safar:

i)Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thor sebelum berhijrah ke Madinah.
ii) Nabi gering pada akhir bulan.

Rabiulawal:
Nabi Muhammad dilahirkan, dilantik menjadi Rasulullah, hijrah ke Madinah dan wafat.

Rejab:
Peristiwa Israk dan Mikraj dan sembahyang fardu disyariatkan.

Syaaban:
Kiblat diubah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Kaabah di Mekah.

Ramadan:


i)Turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad.

ii)Berlakunya perang Badar, perang yang pertama dalam sejarah Islam.
iii)Penaklukan Kota Mekah oleh umat Islam.

Syawal:

i)Berlakunya Perang Uhud.
ii)Bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul Mutalib, mati syahid di Uhud.

Zulhijjah:
Nabi Muhammad mengerjakan ibadat haji yang terkenal dengan nama "Hajjatul Wada', ertinya haji perpisahan.


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH