JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

SKIMA JAWAPAN PERCUBAAN PMR PENDIDIKAN ISLAM NEGERI MELAKA


PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

BAHAGIAN   A




1   (a)
i )   Maksud kalimah yang bergaris ialah ;


-                  إثم :    dosa


-          تتفكرون   :   supaya kamu berfikir








ii)  Maksud arak ialah ;


     Minuman yang diperbuat daripada bahan yang asalnya halal seperti buah-buhan tetapi diperam sehingga masam dan boleh memabukkan 

 jika diminum.








iii) Dua keburukan arak ialah ;


-          Menghilangkan kewarasan aqal fikiran


-          Memudharatkan kesihatan diri/ anggota badan


-          Pemabuk akan melakukan perbuatan di luar batasan


-          Lupa kepada Allah SWT


-          Akan membawa kepada perbuatan maksiat


-          Ibu segala maksiat


-          Akan mengabaikan perintah Allah SWT / tanggungjawab


-          Menyebabkan pergaduhan


-          Memecahbelahkan keluarga








iv)  Dua usaha menghindari diri daripada meminum arak ialah ;


-          Tidak berkawan dengan peminum arak/ berkawan dengan orang soleh


-          Tidak pergi ke tempat yang menjalankan kegiatan arak


-          Sentiasa mengambil makanan halal


-          Amalkan gaya hidup yang sihat


-          Sentiasa berdoa supaya dihindari diri  dari terpengaruh dengan arak


-          Sentiasa tingkatkan iman dan ketaqwaan







(b)
i )   Dua sumber utama hukum Islam ialah ;


-          Kitab Allah/ Al-Quran


-          Al-Hadis/ As-Sunnah








ii)  Dua akibat menolak sumber utama hukum Islam ialah ;


-          Terkeluar dari Islam / murtad


-          Setiap amalan baik tidak diterima Allah SWT


-          Tidak mendapat hidayah dari Allah SWT


-          Hilang keberkatan / kerahmatan hidup


-          Semua amalan menjadi sia-sia


-          Kekal dalam neraka


-          Penyakit sosial berleluasa/ maksiat berleluasa


-          Hidup dalam kesesatan










(c)
Menjawikan perkataan yang bergaris ;


i)                   كقواتن اومت داڤت دوجودكن


ii)                كرجاسام  دان سماڠت  ڤرڤادوان


iii)              ستياڤ  موريد  هندقله  براوسها


iv)              دڠن  تيدق مڠيرا  بڠسا
















2  (a)
i )   Maksud kalimah yang bergaris ialah ;


-           القلب         : hati


-          المتوكلين    : orang-orang yang bertawakkal








ii)  Maksud tawakkal ialah ;


    Berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam urusan  tertentu diiringi doa.


   








iii) Dua sifat Rasulullah SAW ketika berdakwah ialah ;


-          Bersifat lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan dan tindakan


-          Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain


-          Memohon keampunan untuk orang lain


-          Selalu bermesyuarat dengan para sahabat


-          Bertawakal dalam pelaksanaan dakwah








iv)  Dua kepentingan sifat tawakal ketika berdakwah ialah ;


-          Melatih diri sentiasa memohon pertolongan Allah SWT


-          Tenang dan tabah menerima kegagalan


-          Sentiasa muhasabah bersama untuk mengetahui kelemahan


-          Berusaha mempertingkatkan prestasi untuk mencapai kecemerlangan


-          Rendah diri apabila mencapai kejayaaan


-          Bersyukur dan menikmati kejayaan bersama










(b)
i)  Dua contoh mencegah kemungkaran dengan menggunakan lisan ialah :


-          Memberi nasihat/ kaunseling/ bimbingan


-          Ceramah/ syarahan/ kuliah


-          Menegur dengan berhikmah


-          Dialog/ perdebatan yang baik





ii)  Dua hikmah mencegah kemungkaran terhadap masyarakat ialah ;


-          Masyarakat hidup sejahtera/ aman/ damai


-          Dapat memperbaiki sahsiah/ akhlak masyarakat


-          Melahirkan masyarakat prihatin/ bertanggungjawab


-          Kegiatan ekonomi masyarakat akan maju/ masyarakat maju


-          Imej masyarakat dipandang tinggi


-          Dapat menghapuskan/ membendung maksiat dalam masyarakat










(c)
Menjawikan petikan ;


هيدوڤ كيت اكن منجادي امان دان داماي سكيراڽ ڤرسفهمن دان كرجاسام انتارا


سانق ساودارا سرتا جيرن















































BAHAGIAN   B




3  (a)
i)  Nama lain bagi Ilmu Aqidah ialah ;


-          Ilmu Usuluddin


-          Ilmu Kalam


-          Ilmu Makrifah


-          Ilmu Aqaid


-          Ilmu Tauhid








ii)  Dua perkara yang mendorong salahlaku akidah oleh umat Islam ialah ;


-         Jahil ilmu Islam/ memandang remeh perintah Allah SWT


-        Menjauhi ulamak


-        Bergaul dengan orang yang rosak akhlak


-        Lemah iman/ sentiasa tinggalkan perintah Allah SWT


-        Tiada pendidikan agama yang utuh


-        Ingin mudah dalam beribadat


-       Terpengaruh dengan ajaran sesat/ budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak


-       Tidak mengambil berat tentang akhirat










(b)
i)   Dua kesan beriman kepada Allah SWT yang bersifat Al-Hakim ialah ;


-          Bijak membahagikan masa dan menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah


            


-          Bijak mengurus masa mengikut keutamaan


-          Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT/ menyakini kekuasaan Allah


-          Menggunakan nikmat aqal untuk mencari keredhaan Allah SWT


-          Merasa rendah diri dan kerdil di hadapan kebijaksanaan Allah SWT


-          Menguruskan kehidupan dengan bijaksana dan tidak membuang masa





ii)   Dua faedah Allah SWT menciptakan tumbuh-tumbuhan ialah ;


-          Menghasilkan oksigen


-          Daun-daun pokok yang hijau membentu menjalankan proses fotosintisis


-          Sumber makanan


-          Hasil ekonomi negara


-          Sumber/ bahan perubatan


-          Sumber perhiasan










(c)
i)  Dua nama syurga ialah ;


-          Jannatul Adnin


-          Jannatun Naim


-          Jannatul Makwa


-          Jannatul Firdaus


-          Maqamul Amin


-          Darul Khulud


-          Darus Salam








ii)   Dua nikmat di syurga ialah ;


-          Kata-kata aluan dan ucapan lunak diucapkan kepada penghuni syurga


-          Pakaian dan persalinan daripada sutera dan perhiasan daripada emas dan perak


-        Mahligai yang indah daripada emas dan perak


-        Makanan yang lazat terhidang mengikut citarasa penghuninya


-         Dapat melihat wajah Allah SWT sebenar


-        Taman yang indah dipenuhi pohon dan alunan suara dengan irama yang sangat merdu

-
Air sungai dari susu dan arak           










4  (a)
i)   Maksud khusyuk dalam solat ialah ;


    Tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan hati dan anggota ketika solat/ Perlakuan solat yang menepati cara nabi dengan mata, anggota  tidak bergerak dan hati merasa rendah diri  dengan menumpukan
fikiran ketika solat semata-mata kerana Allah SWT.


      


     








ii)  Dua perkara yang menghalang khusyuk dalam solat ialah ;


-          Tidak faham maksud ayat-ayat dan bacaan yang dibaca


-          Terlalu banyak angan-angan


-          Melakukan dosa dan maksiat


-          Melakukan solat secara tergesa-gesa


-          Mata tidak memandang tempat sujud


-          Anggota badan tidak tetap


-          Makanan dan pakaian daripada sumber yang haram


-          Memikirkan tentang perkara keduniaan seperti kerja dan sebagainya










(b)
Dua hikmah solat terawih ialah ;


-          Diampunkan dosa-dosa yang lalu


-          Mengukuhkan hubungan persaudaraan


-          Melatih anggota tubuh badan untuk kuat beribadat


-          Menyihatkan tubuh badan


-          Meningkatkan keimanan


-          Dapat mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat







(c)
i)   Kedudukan iman menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan ialah ;


-          Jenazah Lelaki           :  Imam berdiri setentang dengan kepala jenazah


-          Jenazah Perempuan :  Imam berdiri setentang dengan punggung /pinggang jenazah   





-         ii)  Dua hikmah Solat Jenazah ialah ;


-          Memohon pengampunan Allah SWT kepada simati


-        Memberi penghormatan terakhir kepada simati


-           Menimbulkan keinsafan

-
  Megukuhkan persaudaraan sesama Islam







(d)
Istilah ibadat bagi situasi tersebut ialah ;


i-                    Solat Sunat Tahyatul Masjid


ii-                   Makmum Masbuk


iii-                 Solat Sunat Tahajjud


iv-                 Sujud Sahwi























































5  (a)
i)   Saidatina Fatimah Az-Zahra’ ialah ;


-          Puteri bongsu Rasulullah SAW


-          Isteri Saidina Ali bin Abi Talib








ii)   Maksud Az-Zahra’ ialah ;


      Putih berseri-seri








iii)  Dua perkara yang boleh dicontohi oleh seorang pelajar daripada keperibadian SaidatinaFatimah Az-Zahra’ ialah ;


    


-        Bersopan santun/ berbudi bahasa semasa berinteraksi dengan ibu bapa dan guru


-        Bertanggungjawab/ prihatin terhadap keluarga


-        Rajin menuntut ilmu


-       Taat perintah Allah dan ibu bapa










(b)
i)  Sebab Saidina Usman digelar Zun Nur’ain ialah ;


    Memiliki dua cahaya iaitu mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Umi Kalthum dan Ruqaiyah








ii)  Dua sebab yang mendorong semangat jihad Saidina Usman bin Affan ialah ;


-          Keimanan yang kukuh


-          Sayangkan Islam


-          Memiliki kekayaan


-          Minat yang tinggi untuk berdakwah


-          Sayangkan negara


-          Mempunyai semangat daya saing yang tinggi







(c)
i)  Asas yang disediakan oleh Rasulullah SAW dalam membangunkan negara Islam Madinah ialah ;


    


-          Membina masjid


-          Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar


-          Memeterikan Piagam Madinah








ii)   Dua strategi Rasulullah SAW untuk menawan Kota Mekah ialah ;


-          Mengemukakan tiga tuntutan terhadap Musyrikin Quraisy


-          Mendirikan khemah


-          Menyalakan unggun api


-          Memberi tawaran keselamatn


-          Mengepong Kota mekah dari empat penjuru dan masuk secara aman










(d)
i)     Melengkapkan ayat berikut  ialah ;


i-                    لاتزغ


ii-                   وهب لنا


iii-                 أنت  الوهاب








ii)  Susunan ayat yang betul mengikut tertib ialah ;


-          3,   1  ,   2             atau          3

1


2
















6  (a)
i)   Maksud guru ialah ;


     Golongan kedua selepas ibu bapa yang berperanan memberikan                         pendidikan kepada anak-anak dalam masyarakat.


    








ii)  Empat panduan adab berguru selain menghormati guru ialah ;


-          Berwudhuk


-          Berdoa


-          Berpakaian bersih


-          Bersopan


-          Bersedia dengan bahan pembelajaran


-          Memberi tumpuan ketika belajar


-          Beramal dengan ilmu yang dipelajari










(b)
i )   Dua adab semasa berada di dalam masjid atau surau ialah ;


-          Menunaikan Solat Sunat Tahyatul Masjid


-          Berniat Iktikaf


-          Duduk Menghadap Kiblat


-          Sentiasa dalam keadaan mengingati Allah


-          Menjauhi perkara yang sia-sia








ii)    Dua kelebihan menjaga adab din dalam masjid atau surau ialah ;


-          Diampunkan dosa orang yang menjaga kebersihan masjid dan surau


-          Umat Islam akan tenang, selesa dan khusyuk menunaikan solat


-          Dirahmati Allah SWT


-          Dapat menarik orang bukan Islam terhadap Islam







(c)
i )   Dua adab ketika menjalankan tugas ialah ;


-       Dimulakan dengan Basmallah supaya diberkati Allah SWT


-       Berdisiplin dan menepati waktu bekerja kerana bekerja merupakan beribadat kepada Allah SWT


              


-       Memakai pakaian yang kemas, sesuai dan menutup aurat supaya terjamin


keselamatan


-        Mematuhi segala arahan majikan supaya hasil kerja berkualiti/ menepati sasaran


-        Bertolak ansur sesama pekerja untuk mengeratkan perpaduan


-        Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab agar menjadi pekerja contoh

- 
Tidak meninggalkan ibadat fardhu agar sentiasa dikasihi Allah SWT           

        








ii)    Dua amalan negatif semasa bertugas ialah ;


-          Menyiapkan kerja tidak mengikut masa yang telah ditetapkan


-          Mementingkan diri sendiri/ tidak bertanggungjawab


-          Tidak bekerjasama dengan rakan setugas


-          Malas berusaha/ mencuri tulang


-          Bekerja hanya untuk mendapat pujian dan sanjungan


-          Lebih mementingkan diri daripada kepentingan orang ramai


-          Hasad dengki terhadap kejayaan orang lain


-          Tidak menghargai usaha orang lain


-          Tidak mementingkan kualiti perkhidmatan


-          Membocorkan rahsia majikan/ mengambil rasuah

























Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH