JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

17 September 2011

BIODATA IMAM IBN MAJAH


water Pictures, Images and Photos 

 امام ابن ماجه


Ibn Majah adalah seorang ulama’ hadith yang terkemuka. Nama sebenar beliau ialah Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazwini. Kunyahnya ialah Abu Abd Allah dan beliau masyhur dengan nama Imam Ibn Majah. Beliau berasal dari kampung Qazwin di cIraq. (Haji Dusuki. 1976: 116). Ibn Majah dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan dengan 824 Masihi (Rosmawati Ali. 2005: 314).

Sebutan Majah dinisbahkan kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenali dengan nama Majah Maula Rabcat. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama adalah lebih rajih. Manakala perkataan al-Qazwini adalah berasal daripada Qazwin iaitu nama sebuah bandar yang termasyhur di Iraq (HadiMuhsin.1985:158).

Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah. Kitab ini dianggap sebagai yang keenam dalam senarai kitab-kitab Sunan Sittah. Oleh kerana dalam kitab tersebut terdapat hadith-hadith yang dacif maka sebahagian ahli hadith memasukkan al-Muwattac susunan Imam Malik sebagai kitab keenam (Haji Dusuki. 1976: 116).

Sesungguhnya Ibn Majah mempunyai keperibadian yang amat istimewa dan mempunyai ilmu yang luas dan kesabaran yang berterusan serta usaha yang gigih dalam ilmu pengriwayatan hadith. Selain itu juga beliau merupakan Imam dalam pengajian hadith dan kitabnya Sunan Ibn Majah adalah hasil karyanya yang termasyhur (Ali Yusof Ali. 1998: 117).

Imam Ibn Majah wafat pada bulan Ramadan tahun 273 Hijrah. Beliau wafat ketika berumur 64 tahun. Namun demikian ada juga yang mengatakan beliau wafat pada tahun 275 Hijrah. Pada masa itu adiknya Abu Bakr telah menyembahyangkan jenazah beliau bersama anaknya cAbd Allah telah menguruskan pengkebumiannya. Pada masa itu juga ramai ulama’-ulama’ terkemuka berkata dengan syair-syair menunjukkn kesedihan mereka, di antaranya ialah Muhammad Ibn al-Aswad al-Qazwini yang telah membacakan syairnya yang bermaksud “Sesungguhnya kehilangan Ibn Majah telah melemahkan kemahkotaan ilmu dan menggoncangkan segala asas-asasnya” (Maulana Hasanudin. 1999: 109). 
Di sini jelas bahawa Imam Ibn Majah sentiasa disebut-sebut pada zamannya kerana kegigihan beliau dalam mencari ilmu.


PENDIDIKAN

Ibn Majah sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadith semenjak kecil lagi. Beliau juga berasal daripada keluarga yang berminat dengan ilmu pengetahuan. Sejak awal-awal lagi, beliau sudah menunjukkan bakat dan ketokohannya sebagai seorang ulama’ sebagaimana para ulama’ hadith yang terdahulu.

Keinginan mengembara dan mencari ilmu serta pengalaman merupakan usaha utamanya. Antara daerah yang dikunjungi beliau ialah seperti Basrah, Syam, Iraq, Mesir Kufah, Hijaz dan lain-lain lagi. Setiap daerah yang Ibn Majah kunjungi, beliau akan menemui ulama’ hadith dan mempelajarinya. Beliau juga banyak menghabiskan masa untuk menulis dan berkarya. Antaranya seperti kitab Tafsir, Tarikh dan Sunan (Asmawi Hj Ehsan. 2003:174).

Selain itu beliau telah berjumpa dan bermuzakarah dengan syeikh-syeikh serta imam-imam hadith, dan daripada merekalah Ibn Majah menggali sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan juga potensinya (Ali Yusuff 1989: 113). Beliau juga telah mendengar dari sahabat-sahabat, Malik dan al-Laith r.a. sehingga beliau menjadi salah seorang Imam Ilmu al-Hadith al-Nabawi (Maulana Hasanudin1991:110).

GURU-GURU

Di antara guru-guru Ibn Majah yang sempat beliau temui dan mewarisi ilmunya ialah
cAli bin Muhammad (paling banyak hadith daripadanya), Jubarah bin al-Mughallis, Muhammad bin cAbd Allah bin Nasir, Muscab bin cAbd Allah al-Zubairi, Suwaid bin Sacid, Ibrahim bin al-Munzir al-Hazami, cAbd Allah bin Mucawiyah, Hisyam bin cUmar, Yazid bin cAbd Allah dan Abu Bakr bin Abi Syaibah (Rosmawati 2005:316-317). Dia belajar membaca al-Qur’an daripada Muhammad Ibn cIsa al-Abhariy, Abu al-Hasan al-Qattan dan lain-lain (Ensiklopedia Dunia (jilid 9). 2005: 15).


MURID-MURID

Antara murid-murid yang menuntut ilmu dengan Ibn Majah ialah Abu al-Tayyib Ahmad bin Rawh al-Baghdadi, Muhammad bin ‘Isa al-Abhari, Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim al-Qattan, Sulaiman bin Yazid al-Qazwini, Ishak bin Muhammad al-Qazwini, Ali bin Sa’id bin Abdullah, Ibrahim bin Dinar al-Jarsyi dan ramai lagi (Asmawi Hj Ehsan. 2003: 174).

KARYA-KARYA

Antara karangan yang sempat dibuat dan ditinggalkan untuk tatapan umat Islam ialah
Tafsir al-Qur’an, Sunan Ibn Majah (merupakan antara koleksi kitab Sunan Sittah) dan Kitab Tarikh Qazwayn (mengandungi sejarah sejak zaman sahabat sampai zaman Ibn Majah) (Asmawi Hj Ehsan 2003:174).


PUJIAN ULAMA’ TERHADAP IBN MAJAH

i. Menurut Abu Yacla al-Khalili sebagaimana yang dipetik oleh Ibn Hajr, bahawa Ibn Majah adalah seorang yang thiqah yang kata-katanya boleh dijadikan hujah. Para ulama’ telah bersepakat menerima pengriwayatannya. Beliau juga mendalami ilmu hadith, seorang hafiz dan banyak mempunyai karya-karya dalam sunnah, tafsir dan tarikh.

ii. Menurut Ibn Khalakan, Ibn Majah ialah seorang hafiz yang masyhur dan pengarang kitab sunan dalam bidang hadith.

iii. Manakala al-Zahabi pula menyifatkan Ibn Majah sebagai seorang hafiz yang agung, seorang mufassir dan muhaddith bagi negerinya (Muhammad Fuad Abd al-Baqi. 1998: 9-10).




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH