JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

7 September 2011

SOLAT TAHAJUD TINGGIKAN DARJAT INSAN




            Umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat selain daripada tuntutan menunaikan ibadah wajib. Antara ibadah sunat itu ialah sembahyang malam atau dikenali solat tahajud. Ibadat solat tahajud adalah amalan yang sangat baik disisi Allah.
            Sesungguhnya, solat tahajud bertujuan meninggikan darjat kehambaan mukmin dan menolong mereka mencapai makam (kedudukan) tertinggi disisi Allah serta manusia. Justeru, umat islam digalak mengerjakan ibadah berkenaan pada waktu dua pertiga malam selepas bangun dari tidur. Ada banyak hadis yang menganjurkan umat Islam sentiasa mengerjakan solat tahajud. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : “ Bahawa Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada waktu tengah malam dan mengejutkan isterinya bagi menunaikan solat malam. Jika isterinya tidak sedar, direnjiskan dengan sedikit air. Begitu juga Allah memberi rahmat kepada isteri yang bangun pada dinihari dan mengejutkan suaminya bagi menunaikan solat tahajud.”              
            Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang difardukan kepada umatku, iaitu solat witir, bersugi, dan sembahyang tahajud. Saidina Umar al- Khattab meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang mengerjakan solat tahajud dan memperelokkannya nescaya Allah memberi lapan kemuliaan. Empat diperoleh di dunia dan empat lagi di akhirat.”

4 kemuliaan di dunia ialah  :
1. Allah memelihara daripada kemusnahan jiwa dan harta benda,
2. Meninggalkan kesan ketaatan pada wajahnya,
3.Dikasihi orang mukmin dan sekalian manusia serta
4. Lidahnya sentiasa bercakap benar lagi berhikmat.

4 lagi kemuliaan di akhirat ialah :
       1.  Dihimpunkan kepadanya di padang mahsyar dengan wajah 
            berseri-seri,
       2.  Dimudahkan pengiraan hisab,
       3.  Melintasi titian sirat sepantas kilat dan
       4.  Di beri kitab amalan pada tangan kanan.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH