JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

28 November 2011

Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup




Dalam post kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati 3 tips untuk bersihkan hati seperti di bawah ini.

Baca, faham, amal dan sebar-sebarkanlah.
Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.


2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara.Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaikkerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.


Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Maka, bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan bahawa kita ni adalah mukmin sejati!


ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 ;




Maka di sini PakarHowTo ingin menyeru kepada semua pembaca untuk kita sama-sama memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah.


Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.


Takbir! ALLAHU AKBAR!!!
Photobucket


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH