JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

21 November 2011

Tips-tips Menghadapi Peperiksaan

Peperiksaan adakalanya membuatkan seseorang kecut perut, tidak senang duduk, kelam kabut, jiwa kacau, keluh kesah dan macam-macam lagi "penyakit" yang boleh timbul tika peperiksaan semakin memunculkan diri.

Pelajar yang cemerlang, seharusnya berasa teruja untuk menempuhi peperiksaan. Bagi mereka, peperiksaan bukanlah tempat dan sumber punca tekanan, sebaliknya itulah saat yang paling dinanti-nantikan. Itulah saat juga bagi mereka meluah dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari selama hampir 2 tahun di bangku persekolahan menengah atas.

Di sini, disertakan juga tips-tips semasa peperiksaan.
Bawa bekalan alat tulis yang lengkap
Bawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
Datang awal ke sekolah
Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
Baca dan dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti.
Baca semua soalan peperiksaan
Fahamkan soalan
Jawab soalan yang mudah dulu untuk menjimatkan masa.
Semak semula jawapan.
Jangan terlalu yakin.
Tidur secukupnya
Riadah sekadarnya untuk mengeluarkan peluh
Bertahajud di pagi hari
Jaga pemakanan
Setelah berusaha dengan gigih, haruslah berdoa kepada Allah taala. Firman Allah swt dalam Surah al-Mu'min ayat 60

"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keaadaan hina."

Maka, jangan pernah takut adik-adik, percayalah Allah sentiasa bersama kita.

"Bittaufiq Wannajah fil Imithan"

Selamat berjuang..


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH