TAYAMUM
- Pengertian
- Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu disertai dengan niat
|
|
|
Dalil Tayamum
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء أَحَدٌ مِّنكُم مِّن الْغَآئِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا |
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu), yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
An-nisa':43 |
|
|
|
Dalil Tayamum (2)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء أَحَدٌ مَّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـكِن يُرِيدُ لِيُطَهَّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ |
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.Al Maidah: 6 |
|
|
|
Sebab-sebab tayamum
- Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum sahaja
- Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit
|
|
|
Syarat-syarat tayamum
masuk waktu solat
Debu tanah suci daripada najis
Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur atau kapur
Menghilangkan najis sebelum tayamum
|
|
|
|
Rukun Tayamum
Berniat ketika menyapu ke muka
Menyapu debu tanah sekali ke muka
Menyapu debu ke tangan hingga ke siku
Tertib menyapu muka dahulu kemudian ke dua-dua tangan
|
|
|
|
Sunat-sunat tayamum
Membaca
بــسم اللَّه الر حمن الر حيم
Mengadap Qiblat
Menipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu ke muka atau tangan
Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri
Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan
Merenggangkan jari semasa mendakap debu
|
|
|
|
Perkara-perkara yang membatalkan tayamum
- semua perkara yang membatalkan wudhu'
- adanya air sebelum solat
|
|
|
|
|
Cara-cara bertayamum
- Bersihkan anggota tayamum terlebih dahulu
- Tekapkan kedua-dua belah tangan kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah
- Bersihkan debu yang telah digunakan menyapu kemuka
- Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu di tangan kiri kepada tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku
- Sapukan pula debu di tapak tangan kanan bermula dari bahagian belakang tapak tangan hingga ke siku kiri.
|
|
No comments:
Post a Comment