WUDHU'
- Pengertian
- Perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dimulai dengan niat kerana Allah Taala
- Hukum
- Wajib
- apabila seseorang hendak mengerjakan solat, tawaf dan sujud, menyentuh Al Quran, sujud tilawah dan sujud syukur.
|
|
|
Dalil wudhu'
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ |
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali |
Al Maidah: 6 |
|
|
|
Rukun Wudhu'
Rukun Wudhu' | | Gambar |
| |  |
| |  |
- Membasuh kedua-dua tangan
| |  |
- Menyapu sebahagian kepala
| |  |
| |  |
| | |
|
|
|
Perkara-perkara sunat ketika berwudhu'
- Memulakan dengan membaca
بــسم اللَّه الر حمن الر حيم
- Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan
- Berkumur-kumur
- Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula
- Menyapu air ke seluruh kepala
- Membasuh kedua-dua telinga
- Menggosok celah-celah jari kaki dan tangan
- Berturut-turut antara satu sama lain
- Mengulang tiga kali (3x) setiap perbuatan
- Berdoa selepas wudhu'
|
|
|
Doa wudhu'
اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ الا اللَّه وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ
وَاَشْهَدُ اَنْ مُحمَّدا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ المُتَطَهِّرِيْنَوَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَدِك الصَّالِحِيْنَ |
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.
Ya Allah jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat dan golongkanlah aku daripada hambaMU yang soleh |
|
|
|
|
Perkara-perkara makruh ketika wudhu'
- Membasuh anggota wudhu' lebih daripada tiga (3) kali
- Berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung secara berlebih-lebihan bagi orang yang berpuasa
- Mendahulukan anggota kiri daripada yang kanan
- Bercakap-cakap ketika berwudhu'
|
|
|
Perkara yang membatalkan wudhu'
- Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur
- Bersentuh kulit lelaki dengan kulit wanita yang bukan muhrim tanpa berlapik
- Hilang akal disebabkan gila, mabuk, pengsan atau mengambil ubat yang boleh menghilangkan ingatan
- Tidur yang tidak tetap punggungnya
- Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik
|
|
|
Adab-adab ketika berwudhu'
- Memulai wudhu dengan
بــسم اللَّه الر حمن الر حيم
- Berjimat menggunakan air
- Mengadap qiblat
- Tidak bercakap-cakap
- Menjaga diri daripada terbuka 'aurat
|
|
|
Hikmah Berwudhu'
- Membersihkan anggota yang terdiri daripada terdedah kepada kekotoran
- Membentuk peribadi yang seimbang jasmani dan rohani
- Melahirkan individu yang sentiasa beradab sopan
- Menghapuskan dosa-dosa kecil
- Membangunkan minda dan menyegarkan jiwa
|
|
No comments:
Post a Comment