SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

24 July 2011

Bertudung Biarlah Betul! Bukannya Macam Tu!


Assalamualaikum..

Aku tak tahulah nak cakap macam mana sekarang ni. Aku rasa sekarang dah semakin ramai perempuan yang pakai tudung, sebab fashion tudung dah macam-macam jenis. Ada tudung awning lah, tudung warna 3 lapis lah, 4 lapis & berlapis-lapis, selendang pusing 10 kali lah, tudung bawal, tudung kelip-kelip sana sini, sampai aku pun rambang mata nak pilih mana satu. Tahniah dan Alhamdulillah kepada yang berubah dari nampak rambut ke dah tak nampak rambut. Ni untuk pakai tudung yang tak jaranglah.

Tapi sayangnya, ada pula sekarang trend meninggikan sanggul kepala dan juga trend pin kan tudung smpai nampak bentuk leher. Kan dah jadi berdosa tu? Tahukah sebenarnya HARAM pakai tudung sanggul tinggi-tinggi macam ni? Kalau dah tahu tu, kenapa buat dek je?

Ni ha hadith pasal ni:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).


Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

"Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Apa tujuan nak pakai tinggi-tinggi macam tu? Untuk kecantikan? Mungkin lah kot? Yeke? Untuk menarik perhatian orang lain? Kalau lelaki tertarik kan berdosa tu. Sekarang ni siap ada jual sanggul tipu semata-mata untuk diguna oleh sirambut pendek. Kan da jadi penipuan di situ. Kita pakai tudung nak tutup rambut kita ni panjang mana. Nak jaga aurat supaya tak terdedah. Ni kalau dah sanggul tinggi-tinggi apa kejadahnya?
Kita nak masuk syurga, kena buat cara nak masuk syurga. Kau nak benda tu, kena lah usaha dapatkan benda tu. Allah kata buat, kita buat. Allah larang, janganlah buat. Memang susah, ingat nak dapat benda best senang ke?

Kelik untuk tumbesaran :) Thanks En. Google.


Ni lagi satu, pakai tudung macam biarawati @ sister di gereja. Mungkin ramai yang tak perasan, trend pin tudung nampak leher tu sama macam cara mereka. Bila dah pin tudung tu macam tu, ia akan menampakkan bentuk leher kita secara kita sengaja buat! Maka dengan itu HARAM lah hukumnya. Kenapa pin tudung tu? Supaya kemas? Tapi kenapa tercekik je leher tu? Kalau nak kemas, pin je kat kiri dan kanan supaya tudung tak jatuh lari merata-rata, kan molek gitu J



Aku tahu isu ni dah lama, tapi masih ramai yang macam tak tahu. Atau benda ni semua tak sampai kepada mereka? Tak tahu kita yang tahulah kena bagi tahu. Atau mereka tak kisah masuk neraka asalkan cantik di dunia? Oh tidak!

Haa nak berfashion tak salah, Cuma biarlah mengikut syariat. Nak lilit ke, pusing ke, letak 10 pin ke, asalkan biarlah labuh menutup dada dan tidak jarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH