JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

ADAB BERGURU


ADAB BERGURU

  • Guru wajib dihormati dan taati selepas menghormati dan mentaati ibu bapa.
  • Guru berperanan besar mencurahkan ilmu, mendidik kita menjadi manusia yang berguna dan memupuk potensi diri untuk menjadi perwaris terhadap dunia dan kepimpinan.
 
Panduan Adab Berguru
  • Berwudhu'
  • Berdoa
  • Bersedia dengan bahan pembelajaran
  • Memakai pakaian yang bersih dan bersopan
  • Menghormati guru
  • Beri tumpuan ketika belajar
  • Beramal denan ilmu yang dipelajari
Pelajar yang beradab akan diberkati dan diredhai Allah
 
Cara-cara beradab denan guru
Pelajar beradab Pelajar biadab
Mendahulukan memberi salam apabila bertemu Tidak memberi salam
Bercakap denan menggunakan bahasa yang sopan Bercakap menggunakan bahasa yang kasar
Menolong guru dengan ikhlas Tidak membuat kerja yang disuruh guru dengan bersungguh-sungguh
Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru Bermasam muka dan tidak ceria menerima teguran dan nasihat guru
Mengucapkan terima kasih setelah guru selesai mengajar Tidak mengucapkan terima kasih kepada guru
Menundukkan kepala atau meminta izin apabila lalu dihadapan guru Tidak hormat dan bongkak apabila lalu dihadapan guru
Bertanya khabar guru apabila bertemu diluar kawasan sekolah Tidak mengendahkan guru apabila bertemu diluar kawsan sekolah
Mengucapkan tahniah kepada guru yang memperolehi kejayaan dan takziah apabila guru ditimpa musibah Tidak mengucapkan apa-apa apabila guru mendapat kejayaan atau guru mendapat musibah
 
Cara mengenang jasa guru
  • Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun telah tamat pengajian
  • Menziarahi guru pada hari perayaan atau ketika guru sakit
  • Menghormati guru sepanjang masa
  • Mengucapkan terima kasih kepada guru ketika memperolehi kejayaan
 

Hikmah menghormati guru
  • memperolehi ilmu yang diberkati Allah
  • memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat
  • Dikurniakan taufik dan hidayat
  • Memudahkan seseorang mengingati dan memahami pengajaran guru
  • Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia
  • Melatih diri sentiasa menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua
  • Dihormati dan dikasihi masyarakat
 

Akibat derhaka kepada guru
  • Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
  • Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
  • Ketinggalan dalam bidang pelajaran
  • Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif
  • Susah memahami dan mengingati ajaran guru

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH