JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama


Hadis 1

  • Mencegah Kemungkaran
Pengertian Hadis
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

 
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Tanggungjawab mencegah kemungkaran

  • Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada terhadap Allah, manusia dan alam sekitar
  • Umat Islam wajib mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat
 
Cara-Cara Mencegah Kemungkaran

  1. Mengubah dengan tangan
  2. Mengubah dengan lidah
  3. Mengubah dengan Hati
 
 Mencegah kemungkaran dengan tangan

  • Maksud
Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuannya dan bidang kuasa masing-masing
  • Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya
  • Contoh
    • Bapa cegah kemungkaran keluarganya
    • Guru cegah kemungkaran murid-muridnya
    • Ketua negara cegah kemungkaran rakyatnya
...لُلُّلُمْ رَاعٍ وَلُلُّلُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِّيَّتِهِ ....
...setiap orang daripada kamu adalah pemimpin
dan bertanggungjawab terhadap orang yang
dibawah pimpinannya....
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 Mencegah kemungkaran dengan lidah

  • Maksud
Mencegah dengan lidah bermaksud memberi nasihat dan bimbingan yang baik
  • Setiap orang hendahlah mencegah kemungkaran yang berlaku dikalangan ahli atau orang dibawah tanggungjawabnya
  • Seruan Nabi s.a.w
    • Kita disuruh menyeru manusia kepada melakukan kebaikan
    • dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran
    • Jika kita meninggalkan kedua-duanya , maka Allah akan menjadikan orang-orang yang jahat sebagai pemimpin kita. Ketika itu juga doa-doa dikalangan kita juga tidak lagi mustajab
 
 Mencegah kemungkaran dengan hati

  • Maksud
Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dan menjauhkannya
  • Mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman
  • Kesannya
    • Kemungkaran hanya tidak belaku pada dirinya sahaja
    • Kemungkaran tidak akan hilang atau berkurangan
 
Hukum Tanggungjawab Setiap Muslim Mencegah Kemungkaran
 
Individu Masyarakat Negara
  • Menjamin kesejahteraan hidup
  • Dapat memperbaiki sahsiah dan meninggikan kualiti diri
 
  • Melahirkan masyarakat yang perihatin
  • Melahirkan masyarakat yang berakhlak cemerlang
 
  • Kekayaan ekonomi dapat ditingkatkan
  • Negara aman dan damai
 
Pengajaran Hadis

  1. Mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap muslimin
  2. Individu yang berilmu dan berkemahiran memberikan nasihat dan bimbingan
  3. Membenci kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman
  4. Mencegah kemungkaran adalah faktor utama untuk mengekalkan tamadun yang berasaskan keimanan


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH