SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

ADAB MENJAGA FITRAH


MENJAGA FITRAH

  • Konsep menjaga fitrah:
    • Orang yang beriman sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah Taala
    • Islam tidak membezakan kedudukan lelaki dan perempuan dari segi amalah dan ganjaran pahala serta balasan surga atau neraka
    • Lelaki dan perempuan sama-sama bertanggungjawab memelihara dan menjaga hukum Allah Taala
  • Hukum
    • wajib
 
Akibat menyalahi fitrah
Di Dunia Di Akhirat
  • Maksiat berleluasa dalam masyarakat
  • Disisih oleh masyarakat
  • Terkena penyakit yang merbahaya.
  • Berlaku maksiat luar tabiie
 
  • Nabi tidak mengaku sebagai ummat
  • Dilaknat Allah Taala
  • Dilaknat oleh Nabi

 
'Itibar daripada peristiwa Nabi Luth a.s.

  • Kisah kaum Nabi Luth a.s telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran agar menusia mengambil 'iktibar. Sesunggunnya Allah Taala sangat murka terhadap perbuatan mereka melakukan maksiat sesama kaum sejenis. Di zaman moden ini perbuatan yang sedemikian dinamakan 'Homoseksual' atau 'Lesbian'.
  • Satu ketika Nabi Luth a.s. telah didatangi oleh dua orang pemuda.
  • Nabi Luth a.s menyedari bahawa pemuda itu adalah dua orang malaikat yang menyamar.
  • Apabila kaumnya menyedari kedatangan dua orang pemuda itu mereka menyerbu ke rumah Nabi Luth a.s.
  • Mereka meminta Nabi Luth a.s menyerahkan dua orang pemuda tersebut.
  • Nabi Luth a.s menawarkan kepada kaumnya empat orang anak gadisnya.
  • Tapi sayangnya kaumnya menolah dengan alasan mereka tidak mempunyai keinginan sahwat terhadap perempuan.
  • Nabi Luth a.s telah menegah kaumnya tetapi mereka tidak mengendahkannya.
  • Akhirnya Allah Taala telah mendatangkan bala dengan membalikkan muka bumi . Matilah kaum Nabi Luth a.s dalam kekufuran dan kemurakaan Allah Taala
 
Adab pergaulan

  • Ingatlah jika kita berada dalam arus yang deras, maka kita perlukan tali yang kukuh dan boleh menyelematkan kita dari dihanyutkan
  • Dalam mengahadai arus ledakan teknologi tanpa sempadan dan pengaruh budaya liar maka agama Islam adalah penyelemat.
     
  • Pergaulan sesama lelaki
    • Memberi salam
    • Hormat menghormati
    • Mengajak dan bersama melakukan kerja yang berfaedah
    • Menjaga adab berpakaian
    • Tidak menyerupai wanita
       
  • Pergaulan sesama perempuan
    • Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
    • Menjaga sifat semula jadi wanita
    • Melakukan aktiviti yang sesuai dan yang memelihara maruah wanita
    • Elakkan daripada mendekati perkara-perkara keji dan dilarang oleh syara'
       
  • Pergaulan lelaki dengan perempuan
    • Memelihara aurat dan menjauhi pakaian yang menjolok mata , ketat, singkat dan jarang
    • Jangan sekali-kali memakai pakaian yang boleh memperlihatkan anggota atau bahagian tubuh yang boleh merangsang shahwat.
    • Jangan berdua-duan kerana yang ketiga adalah syaitan
    • Jangan mudah terpedaya dan percaya dengan kata-kata manis dan pujian
    • Jangan mengorbankan maruah dan kehormatan kerana umpanan kesenangan dunia dan pujukan janji setia.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH