JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

IBADAT PUASA


PUASA

  • Pengertian
    • Dari segi bahasa puasa bererti menahan diri
    • Dari segi syara' menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
  • Hukum
    • wajib
      • wajib bagi setiap muslim yang cukup syarat
Dalil Al Quran
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa seperti mana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, agar kamu bertaqwa
(Surah al Baqarah 183)
 
Waktu berpuasa
 
 Waktu permulaan Waktu akhir
 
Terbit fajar
 
Apabila tenggelam matahari dan muncul cahaya merah - masuk waktu maghrib
 
Syarat-syarat wajib Puasa
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Boleh melihat dan mendengar
 
Syarat-syarat sah puasa

  • Suci badan, pakaian dan tempat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Yakin masuk waktu solat
 
Jenis-jenis puasa
 
Wajib Sunat Makhruh Haram
1. Puasa Ramadhan
 
1. Hari Arafah ( 9 Zulhijjah) - kecuali orang yang mengerjakan haji
 1. Berpuasa sunat hanya pada hari Jumaat atau Sabtu 
1. Puasa pada hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha
       
2. Puasa Qada'
 
2. 9 dan 10 muharam
 2. Berpuasa sepanjang tahun 2. Puasa pada hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah
       
3. Puasa Nazar
 
3. Hari Isnin dan khamis
   3. Pada hari syak iaitu 30 Sya'ban
       
  
4. Puasa tiga hari setiap bulan (13, 14 dan 15)
    
       
  
5. Puasa enam hari dalam bulan syawal
    
 
 
Syarat-syarat sah puasa

  • Islam
  • Mumaiyiz
  • Ber'akal
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu
  • Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
 
Sunat

  • Segerakan berbuka apabila masuk waktu maghrib
  • Bersahur dan melewatkan sahur tersebut
  • Mandi junuh (wajib) sebelum fajar
  • Membaca doa sebelum berbuka
  • Memberi makan orang yang berpuasa
  • Mendahulukan berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis
  • Membanyakkan sedekah dan membaca al Quran
  • Ber'iktikaf (khusunya lelaki) dimasjid
  • Membanyak doa, zikir dan salawat ke atas Nabi s.a.w.
 
Makruh

  • Berbekam
  • Berkumur-kumur secara berlebih-lebihan
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Terlalu kerap atau lama mandi
  • Tidur sepanjang hari
  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari
 
Perkara-perkara yang membatalkan puasa

  • Bersetubuh pada siang hari
  • Muntah dengan sengaja
  • Pengsan sepanjang hari
  • Melahirkan anak
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halqum atau perut
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Murtad
  • Gila
 
Orang-orang yang diharuskan berbuka puasa

  • Orang yang ditimpa sakit yang boleh memudharatkan diri
  • Orang yang sakit yang tiada harapan sembuh
  • Orang yang musafir yang melebihi dua marhalah
  • Orang yang tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan diri
  • Perempuan yang mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya atau kandungannya
  • Orang yang melakukan perkerjaan berat
  • Perempuan yang menyusukan anak untuk menjaga kesihatan diri atau anak
 
Hikmah diharuskan berbuka
  • Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya
  • Islam agama yang bertolak ansur dengan memberikan kemudahan kepada hambanya yang tidak mampu berpuasa
  • Menunjukkan Islam tidak membebankan umatnya 
 

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH