JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

9 August 2011

KHALID AL-WALID R.A. PAHLAWAN TERBILANG



KHALID AL-WALID R.A. PAHLAWAN TERBILANG

A) RIWAYAT HIDUP
·       Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah merupakan seorang pahlawan islam yang terbilang
·    Bapanya bernama Al-Walid bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum seorang ternama Quraisy, iaitu pemimpin Bani Makhzum
·         Ibunya bernama Lubabah binti Al-Harith
·     Beliau dilahirkan di Kota Makkah pada tahun 604 M dan berasal dari golongan bangsawan, tetapi beliau dilatih hidup susah
·         ketika kecil, beliau dilatih bermain senjata dan menunggang kuda
·         Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan tentera Musyrikin Quarisy yang berjaya memporak-perandakan tentera Islam dalam peparangan Uhud
·   Memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H, setelah menyaksikan Rasulullah S.A.W. dan umat islam mengerjakan umrah di Makkah
·     Selepas memeluk Islam, beliau menunaikan janjinya untuk memperjuangkan Islam dengan melibatkan diri dalam peperangan menentang musuh Islam
·         Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 21H 
bersamaan 642M ketika berusia 60tahun setelah berjuang selama 13tahun
·         Beliau digelar Saifullah yang bermaksud pedang Allah

B) PERIBADI KHALID AL-WALID
·         Berani dan tegas
·         Memiliki semangat juang yang tinggi
·         Bijak dan pintar menyusun strategi untuk mengelirukan musuh
·         Seorang pemimpin yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berpandangan jauh
·         Berpengalaman luas dalam menyusun strategi peperangan
·         Patuh kepada ketua
·         Memiliki bakat kepimpinan dan kepahlawanan semulajadi
·         Berazam untuk gugur syahid
·         Digeruni oleh pihak musuh



C) SEMANGAT PERJUANGAN
Keikhlasan Khalid Al-Walid
  • Beliau pernah dilucutkan jawatan sebagai panglima perang ketika menentang tentera Rom dan digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah, tetapi beliau tetap setia dan menentang musuh bermati-matian

Panglima Islam yang unggul
  • dalam satu peperangan menentang tentera Rom di negeri Syam, tiga panglima perang telah gugur syahid. Beliau diarahkan memimpin tentera Islam. Beliau dengan cepat menyusun strategi menentang musuh. Akhirnya serangan musuh dapat disekat dan musuh terpaksa berundur

Cita-cita untuk gugur syahid
  • Pada tubuhnya penuh dengan bekas-bekas luka terkena tetakan pedang, panah, tombak, tetapi Allah S.W.T yang menentukan beliau tidak gugur syahid di medan perang. Di saat-saat hampir menghadapi kematian, beliau sempat berkata “ Inilah yang tidak aku ingini, mati di atas tempat tidur, bagaikan mati seekor unta”. Dengan kata-kata tersebut jelaslah, betapa tingginya hasrat beliau ingin mati syahid

D) SUMBANGAN TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM
·         Memimpin tentera Islam dengan jayanya dalam beberapa peperangan menentang tentera Rom dan Parsi
·         Salah seorang panglima perang Islam dalam operasi pembebasan Kota Mekah pada tahun 8H
·         Berjaya memimpin pasukan tentera untuk menghapuskan nabi-nabi palsu dan golongan murtad di masa pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq
·         Berjaya menghapuskan Musailamatul Kazzab (nabi palsu) pengikutnya
·         Mengukuhkan kedudukan Islam dan pasukan yang dipimpinnya menjadi tulang belakang bagi kekuatan Islam

E) RAHSIA KEJAYAAN DALAM PEPERANGAN
·         Niat yang ikhlas berjuang kerana Allah, bukanya untuk mengejar nama dan kedudukan
·         Menunaikan kewajipan jihad untuk menegakkan Islam
·         Memiliki semangat perjuangan yang tiggi dan sanggup mati di jalan Allah
·         Berpengalaman luas mengenai selok belok peperangan
·         Pantas dan mahir menggunakan senjata
·         Bijak menyusun strategi yang berkesan seperti:
    • Bertahan dan tidak membuat serangan sehingga waktu senja
    • Mengundurkan tentera Islam yang terkepung pada waktu malam
    • Menyusun semula kedudukan tentera Islam untuk mengelirukan musuh
    • Mengarahkan tentera berkuda dibarisan belakang menaikkan debu supaya musuh menyangka bahawa bantuan tiba dari Madinah


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH