JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

8 August 2011

SAIDINA KHALID AL-WALID PERWIRA PERKASA





SAIDINA KHALID AL-WALID PERWIRA PERKASA


BIODATA
  • Nama: Khalid al-Walid b al-Mughirah 
  • Tarikh memeluk Islam: Bulan safar tahun 8 hijrah 
  • Gelaran: Saifullah [pedang Allah]
  • Kerjaya: Panglima tentera 
  • Tarikh Lahir: 592 masehi
  • Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah 
  • Nama Bapa: Al-Walid b al-Mughirah b Abdullah b Umar b Makhzum
  • Nama Ibu : Lubabah bte al-Harith, saudara perempuan Maimunan bte al-Harith, isteri nabi 
  • Keturunan: Bani Makhzum 
  • Tarikh wafat: tahun 21 hijrah 
  • Umur Wafat: 60 tahun
  • Tempat diMaqamkan: Hims, Syria 
  


SIFAT MULIA KHALID AL-WALID 



BERWAWASAN
  • Berwawasan dan bercita-cita tinggi ingin syahid di jalan Allah
  • Menyertai setiap peperangan, tetapi terselamat
  • Katanya”Aku telah menyertai 100 peperangan, setiap inci tubuhku penuh dgn tikaman,namun aku mati di tempat tidur. 


TEGAS
  • Dalam perang Yarmuk, Panglima Rom dgn angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam dgn berkata,” Jika kamu berundur akan ku berikan setiap seorang pakaian, makanan dan wang 10 dinar .
  • Khalid menjawab dgn tegas,”Kami tidak kesini kerana kelaparan, tetapi kami kesini kerana dahagakan darah” 


BERTANGGUNGJAWAB

  • Dlm perang Yarmuk. , beliau sempat berdailog dgn George[panglima Rom]. Mengajak George peluk Islam.
  • George peluk Islam di hadapan beliau. George sempat belajar solat dgn Khalid & mati syahid selepas sempat menunaikan solat  dua rakaat


BERANI

  • Sifat berani menyebabkan Saidina Abu Bakar memilihnya memimpin tentera dlm perang Yamamah
  • Ditugaskan membunuh Musailamatul Kazzab yg mendakwa dirinya nabi



SUMBANGAN KHALID AL-WALID
  • Menjadi panglima tentera menentang Rome dalam peperangan Yarmuk di Jordan
  • Menjadi panglima perang tentera Islam ketika Fathu Makkah
  • Memimpin tentera Islam memerangi oarng Murtad dalam peperangan Yamamah
  • Berjaya menggunakan strategi berkesan menewaskan tentera musuh seramai 2000,000 org dlm peperangan Mu’tah di Jordon. Tentera Islam 3,000 orang.




LATIHAN (  Esei  )
  1. Nyatakan biodata Khalid al-Walid secara rengkas
  2. Senaraikan tiga sifat terpuji Khalid al-Walid
  3. Huraikan jasa Saidina Khalid dalam mengembangkan dakwah Islam


Isi Tempat kosong
  1. Khalid al-Walid di lahirkan  di __________dan berasal dari keluarga terkenal dikalangan bangsawan_____________.  Memeluk Islam pada tahun________hijrah ketika berusia 25 tahun
  2. Beliau mendapat gelaran _____________yang bermaksud pedang Allah yang terhunus kerana ketangkasannya menggunakan pedang. Meninggal dunia pada tahun________hijrah
  3. Merupakan seorang yang berani, tangkas,_____dan memilihi semangat_______yang tinggi. Berjuang bersungguh-sungguh dan bercita-cita untuk__________ di medan perang
  4. Seorang panglima yang berani dan ____________ dan berfikiran_________serta pintar mengatur serangan.
  5. Dilantik sebagai ketua pasukan bersenjata dalam peristiwa pembukaan ___________________Berjaya menghapuskan nabi palsu pada zaman khalifah ________________
  6. Tentera pimpinan beliau berjaya menghapuskan Kaisar Rom dalam perang_____________


KHALID AL-WALID 


 i. Tempat Lahir: __________  

ii.Keturunan: __________ 


iii.Tarikh peluk Islam: __________ 


iv.Tarikh meninggal: __________ 


v.Gelaran: ______________ 






Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH