JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

RIWAYAT RASULULLAH


RIWAYAT RASULULLAH

  • Latar belakang
    • Nabi muhammad  berasal daripada keturunan bangsawan Arab  Quraisy
    • Keturunan ibu dan bapa Nabi  satu datuk bernama "Kilab".
    • Keturunan Nabi mempunyai hubungan dengan Nabi Ibrahim A.S dan keturunan Nabi Ismail A.S

 
Keturunan Nabi 
 
Kilab+Fatimah
Zahrah 'Kosi
 
'Abdu Manaf 'Abdu Manaf
 
Wahab Hashim
 
Aminah 'Abdul Mutalib
 
 'Abdullah
 
Nabi Muhammad 
 
 
Nabi Muhammad Sebelum Menjadi Rasul
Semasa Lahir
  • Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M tahun gajah
  • Bapa Nabi wafat ketika baginda masih dalam kandungan
  • Hari ketujuh kelahiran Nabi  , baginda dibawa oleh datunya 'Abdul Mutalib ke Kaabah untuk ditawafkan sebagai tanda kesyukuran.
  • Datuknya memberi nama Muhammad bererti orang yang terpuji.
  • Beberapa ekor kambing telah dikorbankan
Semasa Bersama Ibu Susu
  • Nabi disusui oleh Ibu susunya Tsuwaibah Aslamiah
  • Kemudian disusui pula oleh Halimatun Sa'diah dari bani Said
  • Ketika umur 4 tahun baginda membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.
Semasa Bersama Ibu
  • Apabila Nabi berumur 5 tahun diserahkan kembali kepada ibunya
  • Setahun kemudian beliau bersama Ummu Aiman dan ibunya menziarahi kubur bapanya. Ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia dan dikebumikan di satu tempat bernama Abwa' berhampiran Madinah.
  • Baginda kemudianya dipelihara oleh datuknya
Semasa Bersama Datuknya
  • Baginda dipelihara oleh datunya sehingga berumur 8 tahun apabila datuknya meninggal
  • Datuknya adalah pemimpin Makkah ketika itu.
Semasa  Bapa Saudara
  • Nabi dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.
  • Abu Talib ialah seorang yang miskin dan mempunyai 10 orang anak
  • Baginda membantu dengan mengembala kambing.
  • Ketika umur 12 tahun Abu Talib membawanya ke Syam untuk berniaga
  • Disana Nabi dibawa menemui seoang pendita Nasrani berbangsa Arab bernama Buhaira.
  • Buhaira mendapati tanda-tanda kenabian terdapat pada Nabi Muhammad seperti yang termaktub dalam kitab Taurat dan Zabur.
  • Beliau berpesan kepada Abu Talib supaya membawa Nabi balik ke Makkah dan menjaganya dengan baik .
  • Buhaira khuatir Nabi dibunuh oleh orang-orang Yahudi.
Semasa Nabi  semasa remaja
  • Semasa remaja baginda telah berdikari dengan berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama Assaib bin Abi Saib
  • Hasil keuntungan dibahagi bersama
  • Ketika umur 25 tahun Baginda menerima tawaran Siti Khadijah binti Khuwailid untuk membawa barang dagangan ke Syam.
  • Baginda dibantu oleh pekerja lelaki Khadijah iaitu Maisarah.
  • Baginda telah memperolehi keuntungan yang banyak.
  • Kemualiaan peribadi dan kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi ketika menguruskan perniagaan membuat hati Siti Khadijah terpikat
  • Khadijah telah menghantar wakil untuk melamar Baginda
  • Setelah persetujuan dicapai Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah seorang janda berumur 40 tahun.
  • Baginda dikurniakan 6 orang cahaya mata
  • 2 orang putera dan 4 orang puteri.
 
Putera dan Puteri Nabi 
 
Nabi+Siti Khadijah r.a
Putera Puteri
 
Qasim Zainab
 
Abdullah Rokiah
  
  Umi Kalthum
  
  Fatimah
   
 
Nabi Muhammad Menjadi Rasul
Semasa Menerima wahyu
  • Diusia 40 tahun Nabi sering mengasingkan diri di gua Hira' Jabal Nur
  • Tujuan mengasingkan diri adalah untuk
    • beribadat
    • menenangkan fikiran
  • Nabi lebih kerap mengasingkan diri dalam bulan Ramadhan
  • Pada suatu malam di bulan Ramadhan Nabi didatangi oleh Malaikat Jibril dan berkata "Bacalah"
    اقْرَأْ  
  • Nabi menjawab "Saya tidak tahu membaca".
  • Baginda didakap lagi. Pada kali ketiga Jibril melafazkan firman Allah
     
    اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {1}
    خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ {2}
    اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ {3}
    الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {4}
    عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ {5}
  • Nabiterkejut dan cemas dengan peristiwa ini.
  • Beliau kembali dan memberitahu Khadijah.
  • Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan sepupu Khadijah bernama Waraqah bin Naufal seorang pendita yang mengetahui tentang Kitab Taurat.
  • Waraqah memberitahu Nabi "Engkau telah diangkat menjadi Rasul dan engkau akan diusir dari tanah tumpah darahmu. Sekiranya umurku panjang aku akan bersamamu menjadi pembelamu".
  • Tidak lama lepas kejadian itu Waraqah telah meninggal dunia
  • Selepas 40 hari Jibril datang sekali lagi. Nabi balik dan menyuruh Khadijah menyelimutkannya.
  • Lalu Jibril sekali lagi datang dan membacakan wahyu Allah Taala
 
 
Rasulullah  contoh terunggul
  • Terkenal dengan sifat amanah
  • Sangat dihormati
  • Akhlaq dan keluhuran budi Nabi  sangat berbeza dengan pemuda Quraisy yang lain
  • Bercita-cita besar
  • Penyabar
  • Bertanggungjawab dan berwawasan
  • Mendapat gelaran 'Al Amin'
 

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH