SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

KEJAYAAN RASULULLAH


KEJAYAAN RASULULLAH

 
 
 
Nabi Muhammad meletakkan aqidah yang kukuh
Perjuangan Rasulullah menyampaikan aqidah
  • Perjuangan Rasulullah  di Makkah adalah untuk memperbetulkan aqidah manusia khususnya masyarakat Arah Quraisy yang mempercayai berbagai-bagai kepercayaan yang karut dan tidak bertamadun
  • Rasulullah menyeru kaumnya agar mengEsakan Allah Taala.
  • Rasulullah  menyampaikan dakwah dengan hikmah dan bijaksana
    • Mengajak masyarakat Arab memikirkan tentang kejadian 'alam.
    • Mengajak mencari rahsia dan hikmah disebalik kejadian 'alam.
    • Mengajaj memikirkan kewujudan 'alam dan manusia adalah tanda kewujudan Pencipta dan Penguasa yang Maha Berkuasa.
    • Menyeru manusia beriman dan menyembah Allah Taala.
    • Mengajak masyarakat Arab memperbaiki akhlak dan meninggaklan budaya jahiliyyah
    • Mempersaudarakan manusia atas satu aqidah yang kukuh
Ancaman dan Cabaran terhadap Rasulullah 
  • Rumah Rasulullah  dibaling dengan tahi unta
  • Abu Jahal cuba menghempas batu ketika Nabi bersembahyang dalam Masjidil Haram.
  • Leher Rasulullah  pernah dijerut dengan kain serban
  • Rasulullah  dikeleliling oleh kaum musyrik , diludah dan dinafikan kerasulannya
  • Rasullullah  ditawarkan dengan pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya.
  • Dihujani dengan pertanyaan untuk mempersendakan ajaran Islam
Ancaman dan penyiksaan terhadap sahabat Rasulullah 
  • Penyiksaan terhadap keluarga Yasir dan Bilal b. Rabbah
  • Memulaukan keluarga Bani Hashim
  • Menghalang golongan hamba dan lemah daripada memeluk Islam
  • Menghentikan semua urusan dengan orang Islam dalam semua aspek kehidupan
  • Mengugut untuk membunuh sesiapa yang menerima ajaran Islam
Bentuk perjuangan Rasulullah di Makkah
  • Rasulullahmemilih bertahan terhadap ancaman dan ugutan serta penyiksaan terhadap baginda dan sahabat-sahabat
  • Baginda terus beristiqamah dan berusaha sedaya upaya menyebarkan dakwah
  • Rasulullah  mendidik para sahabat dan menanam asas aqidah yang kuat lagi mantap
Faktor kejayaan perjuangan Rasulullah 
  • Hidayah daripada Allah taala
  • Keunggulan peribadi Rasulullah 
  • Keadilan dan persamaan hak dalam Islam
  • Menghormati pandangan dan hak orang lain
  • berdakwah dengan hikmah dan bijaksana
  • Bersifat sabar dan didikasi
  • Membela nasib wanita dan golongan lemah

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH