JOM SOLAT

SALAM PERTEMUAN


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR WARGA SMASRA. DIDOAKAN ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.



http://4.bp.blogspot.com/-NM3C-HOfdL4/T1TRy8r2_ZI/AAAAAAAABHg/pOWNDqSzJUo/s1600/imtihan.jpg

14 August 2011

STRATEGI DAKWAH RASULULLAH


STRATEGI RASULULLAH

 

Strategi dakwah Rasulullah
  1. Berdakwah secara rahsia
    • pada peringkat permulaan
      • untuk membina asas
  2. Berdakwah secara terang-terangan
    • perringkat kedua
      • untuk menyebarluaskan dakwah
 
 

Hikmah dakwah secara rahsia
  • Agama Islam dapat diterima tanpa gangguan
  • Penentangan secara terbuka dari Kaum Quraisy dapat dihindari
  • Kedudukan umat Islam bertambah mantap
  • Tidak menjadi kejutan kepada masyarakat Arab Jahiliyyah yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi
Hikmah dakwah secara terang-terangan
  • Umat Islam berani menengakkan kebenaran
  • Penganut Islam mantap pegangan 'aqidahnya
  • Umat Islam bebas menyebarkan dakwahnya dalam masyarakat
  • Agama Islam tersebar luas
 

Taktik Rasulullah berdakwah
  • Rasulullah menyampaikan dakwah secara penuh hikmah dan bijaksana
  • Rasulullah membawa mesej dakwah dengan peribadi yang unggul dan menjadi contoh teladan. Baginda berakhlak mulia, berlapang dada, pemaaf, amanah, pemurah, bercakap benar dan sabar menghadapi dugaan
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.(Surah Annahl:125)
 
 

Rintangan yang dihadapi Rasulullah berdakwah
  • Rasulullah menerima tentangan yang hebat daripada Kaum Quraisy
  • Antara penentang utama ialah Abu Lahab dan Abu Jahal iaitu bapa saudara Nabi sendiri
  • Dakwah Islam ditentang kerana
    • Islam menghapuskan berhala dan amalan tradisi nenek moyang kaum Quraisy
    • Islam memberikan persamaan hak
    • Kedudukan pemimpin Quraisy tergugat dengan kedatangan Islam
    • Industri berhala dan pendapatan daripadanya terancam

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RENUNGILAH